Kata orang, 'tua' merupakan sejenis penyakit yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapapun. Ia mungkin dapat dilambatkan, misalnya dengan menggunakan ubatan tertentu agar wajah dan tubuh kekal cantik dan sihat. Malahan, kita juga digalakkan berdoa ke hadrat Ilahi agar dipanjangkan usia. Walau apapun, usia tua pasti akan datang jua. Dalam proses penuaan yang semulajadi ini, sedikit demi sedikit wajah dan tubuh badan menunjukkan tanda-tanda penuaan tersebut. Kedut di tepi mata, kulit yang menggeleber di sana-sini, sendi yang sakit-sakit, badan berasa lenguh dan nafas yang mudah semput merupakan tanda-tanda penuaan yang alami. Dalam masa yang sama, cara berfikir seseorang juga boleh dan akan berubah dalam meniti usia yang semakin meningkat. Walau apapun, manusia secara semulajadinya tidak begitu risau dengan perubahan corak berfikir apabila usia meningkat. Apa yang selalunya paling ditakutkan oleh manusia adalah perubahan fizikal yang berlaku apabila semakin tua. Dalam masa yang...
Blog perlu dibaca oleh orang-orang lama yang sudah bersara.Lazimnya orang yang bersara punyai masa lapang yang terbentang luas. Orang bersara perlu mencari suatu yang bermanfaat kepadanya terutama dari segi kesihatan, kebahagiaan, kewangan, kesejahteraan dan sebagainya.Tidak ada sesiapa pun yang akan kerugian sekiranya melewpaskan sesuatu yang menguntungkan..