Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Dunia persaraan makin menghampiri!!!!

Hari ini 14 Ogos 2018 - Selasa! Tarikh ini menunjukkan genap 3 bulan (90 hari) lagi aku akan dikeluarkan dari dunia perkhidmatan awam. Hendak atau tidak.... mahu atau tidak mahu, aku terpaksa pergi dan akan menempuh alam baru... sesuatu yang menyeronokkan! Sesuatu yang diimpikan oleh manusia seperti aku yang bakal mencapai usia 60 tahun.... BERSARA!!!