Langkau ke kandungan utama

BERSARA@BERNIAGA

Artikel ini adalah sambungan dari ARTIKEL 1
Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesor boleh menulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan. Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama. Penulis yakin golongan ini lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Sumbangan yang diberikan itu, walaupun kelihatannya kecil namun golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana semua yang besar dan hebat itu bermula dari yang kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, insyaAllah, sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar di kemudian hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAKUTNYA HARI TUA

Pernahkah engkau orang fikir tentang hari tua kita? Sempatkah kita meniti hari tua? Insya Allah, mungkin sempat kalau umur kita dipanjangkan tuhan. Apakah hari tua itu nikmat? atau bakal dipenuhi dugaan?? Oleh itu perlulah kita menyediakan diri kita, menyiapkan mental dan emosi kita dalam bakal menghadapi hari tua. Semua kita berkahwin dan mempunyai anak. Anak-anak ini pula kita pertaruhkan untuk menjaga kita semasa hari tua. Ada yang risau sebab tidak ada anak, kononnya nanti apabila sudah tua tidak berteman. Tidak payah risau tidak ada anak, tetapi risau jika anak-anak itu akan bakal memberikan dugaan paling besar dalam hidup kita. Banyak sketsa di TV, jiran rumah sebelah dan saudara mara kita sendiri, di mana seorang ibu mampu menjaga ramai anak, tetapi anak yang ramai ini belum tentu akan dapat menjaga seorang ibu dan ayahnya. Pernahkah kita terfikir situasi ini akan terjadi kepada kita? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini andai ini yang ditakdirkan kepada kita? ...