Langkau ke kandungan utama

HARI TUA YANG MENDATANG

File:Insane old man.jpg


7 Langkah Mencapai Matlamat Anda


Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, atau panduan-panduan bagaimana menetapkan dan mencapai sebarang matlamat / cita-cita hidup anda dengan jayanya.


1. Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya


Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda. Tulis seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda.
Tuliskan apa saja keperluan dan keinginan yang terlintas di fikiran anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, akan timbul suatu bentuk perasaan, pemikiran atau semangat pada diri anda.
Ya, anda akan mengetahui perasaan anda itu apabila anda melepasi angka 50. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda terus melangkah ke hadapan untuk mencapai matlamat-matlamat anda secepat yang mungkin. Insya-Allah.

2. Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda


TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat penting kerana jika anda tidak tulis, cita-cita anda itu hanya akan menjadi angan-angan. Dengan berbuat demikian, cita-cita anda itu akan menjadi perkara yang amat penting dan bernilai bagi anda. Dengan menjadikannya suatu dokumen dan diberi perhatian, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Hasilnya, matlamat-matlamat anda itu, insya-Allah akan menjadi sebahagian yang signifikan dalam hidup anda dan anda tidak akan berpuas hati selagi matlamat tersebut belum anda capai.

3. Tetapkan Tempoh dan Tarikh Matlamat Anda Mesti Dicapai


Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat-matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Tetapkan tempoh anda untuk mencapai matlamat-matlamat anda.

4. Lakukan Perancangan Tindakan


RANCANGKAN tindakan-tindakan atau aktiviti-aktiviti yang mesti anda lakukan untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Jadualkan aktiviti-aktiviti atau langkah-langkah tindakan anda mengikut susunan dan keutamaan agar setiap langkah anda menyokong antara satu sama lain ke arah mencapai matlamat anda. Nilai semula dan buat pembaikan pada senarai jadual aktiviti anda dari semasa ke semasa. Ini penting untuk memastikan matlamat anda tercapai seperti yang dirancang.



5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda


Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas pada mata minda anda tentang kejayaan anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Lihat kejayaan dan keadaan anda yang hebat dalam "kejayaan" itu.

Gambaran "kejayaan" dalam minda anda itu akan membuatkan motivasi anda sentiasa di tahap teratas. Dengan semangat berkobar-kobar itu, anda akan lebih fokus, lebih komited serta lebih bertekad untuk mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.

6. Tangani Halangan


Dalam melaksanakan perancangan anda, ada kalanya anda menghadapi halangan-halangan. Halangan-halangan itu mungkin berpunca dari diri anda sendiri atau dari orang lain atau disebabkan oleh masalah logistik. Anda mesti proaktif. Antara langkah-langkah proaktif yang perlu anda lakukan untuk menangani halangan-halangan tersebut ialah:


1. Membuat jangkaan halangan-halangan atau kekangan-kekangan yang mungkin anda akan hadapi dan mesti anda atasi. 2. Menumpukan kepada usaha mendapat bantuan iaitu bantuan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya maklumat-maklumat, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu yang dapat membantu anda mencapai matlamat anda.

7. Sokongi Usaha Anda dengan Keazaman Kental


Baki 90% adalah ditentukan oleh tahap keazaman dan usaha anda. Oleh itu, sokongilah RANCANGAN anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence).

Tekadkan semangat, fokuskan perhatian dan tenaga anda untuk mencapai setiap matlamat anda seperti yang anda telah tetapkan. Hadapi setiap cabaran dengan tenang, berhemah dan bersemangat tinggi. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Dengan diiringi doa, keazaman, usaha gigih serta disiplin yang tinggi, insya-Allah, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang anda impikan dengan cemerlang dan jayanya.
Whizet | Malaysia Online Fashion Wholesale

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang."

- Cecil B. DeMille

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BERNIAGA – MYSALE.COM

Tiada apa yang nak dikatakan lagi..Seronok, bahagia, ceria...Syukur ke hadrat ALLAH swt.Alhamdulillah. Semalam 14 oktober 2016, dapat bawa balik kereta HONDA CITY X ke rumah. Alhamdulillah, perjalanan pun selamat. Kereta ini adalah hadiah perkahwinan kepada isteriku yang setia bersamaku lebih 31 tahun (Weeding anniversary pada 19 Disember 1985)..Rezeki adalah anugerah ALLAH..banyak-banyak syukur. Beli kereta kat LEE MOTORS cawangan Sungai Petani, Kedah. Ucapkan banyak terima kasih kepada salesmannya MR.SHAWN.. cukup puas hati dengan layanannya..very polites, profesional, good time management,very punctual.... HONDA CITY MODEL HONDA CITY X: Seronok tengok isteri ceria pagi-pagi pergi sekolah.Ada program Pendidikan Islam bersama guru dan pelajar. Menceburi dunia perniagaan dropship atau affiliate LAYARI LAMAN MYSALE.COM Banyak yang sudah sold out . Untuk membeli belah di MYSALE.COM perlu cepat. Oleh itu, saya jemput anda cuba melayari My.Sale.com Invite your friends And R...