![ayat_seribu_dinar_[1]](http://hidupringkas.com/wp-content/uploads/2013/12/ayat_seribu_dinar_1.png)
Hari ini, 26 Oktober 2016 (RABU) - di sana-sini kedengaran kemalangan, kematian, mala-petaka, kecelakaan, kemusnahan dan sebagainya. Ada antaranya mendatangkan kerugian..

SITUASI 1
Sekumpulan pelajar kolej Mentakab-Mangalore Medical College sedang dalam perjalanan ke Malpe Beach, kira-kira 70km daripada Mangalore... Pelajar-pelajar perubatan tahun ketiga itu berkonvoi dengan motor berkuasa sederhana mereka seperti Bajaj Pulsar 200, Honda CBZ, Apache dsb...sampai di Manipal, ketika melalui jalan lurus menghala ke Malpe, ada sebuah kereta tiba-tiba membuat pusingan U secara merbahaya dan mengejut tanpa menghiraukan konvoi itu... Pelajar-pelajar itu yang sedang menaiki motor dengan kelajuan 65km/j tidak mempunyai pilhan lain selain melanggar kereta itu... Semua pelajar yang menyertai konvoi itu terlibat... Motor dan kereta itu rosak teruk, tetapi pelajar dan pemandu kereta itu selamat tanpa sebarang kecederaan...SITUASI 2
Tiga orang pelajar dengan dua biji motor sedang bergerak menaiki motorsikal menuju ke hospital untuk melawat rakan mereka yang baru sahaja dimasukkan ke hospital kerana demam panas... Cuaca sangat indah hari itu, dan mereka hanya membawa motor dengan kelajuan 50km/j sambil mengambil angin petang yang sepoi-sepoi bahasa...Ketika melalui jalan besar menuju ke Bulatan Harimau dari Bulatan Syndicate, seekor burung gagak sebesar burung helang terbang rendah dan tiba-tiba pengsan ketika terbang... Burung gagak itu jatuh melayang dan menghentam kepala pelajar yang sedang menaiki motorsikal itu... Motornya hilang kawalan lalu terjatuh... Motor yang lagi satu juga terkejut dan cuba mengelak... Tetapi terjatuh juga akibat terlanggar pembahagi jalan... Cuba kita lihat kedua-dua situasi ini... Apa perbezaan utamanya berdasarkan tajuk yang diberi? Situasi 1, aku lebih suka menggunakan istilah kecelakaan jalan raya berbanding kemalangan jalan raya kerana dalam situasi ini, kereta itu dengan celakanya melakukan kesalahan jalan raya yang menyebabkan terjadinya kecelakaan jalan raya...
Ulasan