Langkau ke kandungan utama

PERNIAGAAN AFFILIATE SWEET MUSLIMAH

Hari ini disekolah saya dijalankan program mengacau bubur asyura sempena bulan Muharram yang mulia dan penuh baraqah.Seronok tengok guru dan murid bersama-sama dalam menjayakan program ini. Teringat zaman budak-budak dulu pun ada program mengacau bubur asyura ini. Selalunya dibuat bersama-sama jiran.

Selamat Datang Ke Program Affiliate SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com
JEMPUT KAWAN SHOPPING

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAKUTNYA HARI TUA

Pernahkah engkau orang fikir tentang hari tua kita? Sempatkah kita meniti hari tua? Insya Allah, mungkin sempat kalau umur kita dipanjangkan tuhan. Apakah hari tua itu nikmat? atau bakal dipenuhi dugaan?? Oleh itu perlulah kita menyediakan diri kita, menyiapkan mental dan emosi kita dalam bakal menghadapi hari tua. Semua kita berkahwin dan mempunyai anak. Anak-anak ini pula kita pertaruhkan untuk menjaga kita semasa hari tua. Ada yang risau sebab tidak ada anak, kononnya nanti apabila sudah tua tidak berteman. Tidak payah risau tidak ada anak, tetapi risau jika anak-anak itu akan bakal memberikan dugaan paling besar dalam hidup kita. Banyak sketsa di TV, jiran rumah sebelah dan saudara mara kita sendiri, di mana seorang ibu mampu menjaga ramai anak, tetapi anak yang ramai ini belum tentu akan dapat menjaga seorang ibu dan ayahnya. Pernahkah kita terfikir situasi ini akan terjadi kepada kita? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini andai ini yang ditakdirkan kepada kita? ...