Langkau ke kandungan utama

PERNIAGAAN ONLINE-AFFILIATE MARKETING

Hari ini hari AHAD..23 Oktober 2016.Saya bercadang tidak mahu kemana-mana, just stay at home. Isteri pun beritahu hendak duduk rumah saja.Saya suka sangat nak menghabiskan masa dirumah. Lagi pun, dalam kepala otak ni rasa semak juga bila fikirkan hendak gerak ke sekolah baru. Saya diarah bertukar ke sekolah baru. Huh! Tak bestnye...SEkolah ni dulu tahun 2000 dah pegi dah...2016 kena kesana lagi. Oh! MAY ALLAH BLESS ME.
Baju Muslimah

Sebenarnya, hari ini saya telah fikir dan rancang untuk concentrate sikit pasal perniagaan online- affiliate marketing.Dari pembacaan buku, articles, blog dan sebagainya, didapati perniagaan ini best jugak dan boleh dilakukan oleh mereka-mereka yang minat mengadap laptop...layan facebook, whatsapp, telegram dan sebagainya. Saya prepaire untuk masa persaraan nanti.Tak lama dah November 2018.
Saya mahu kongsikan mengenai 4 model bina perniagaan di Internet yang ramai masih tercari-cari. Dengan anda memahami 4 model bisnes internet ini, cukup untuk anda memahami keseluruhan perniagaan Internet yang dibuat oleh usahawan Internet dalam negara ataupun luar negara.
Saya akan kongsikan secara ringkas kerana saya pun masih tercari-cari dan baru nak belajar. Beberapa tahun dulu sekitar 2003/2004 telah pun belajar menulis blog..tapi, kerana kesibukan tugas masa itu, berhenti seketika hinggalah 2015 minat tu datang balik..Blog saya masa tu banyak jugak…Kalau nak baca ...BLOG CIKGUDEECORNER BLOG ZUNAIDI-HASSAN BLOG PREPAID4U Boleh komen atau tinggalkan pesanan, terutamanya kepada ota-otai Blogger..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TAKUTNYA HARI TUA

Pernahkah engkau orang fikir tentang hari tua kita? Sempatkah kita meniti hari tua? Insya Allah, mungkin sempat kalau umur kita dipanjangkan tuhan. Apakah hari tua itu nikmat? atau bakal dipenuhi dugaan?? Oleh itu perlulah kita menyediakan diri kita, menyiapkan mental dan emosi kita dalam bakal menghadapi hari tua. Semua kita berkahwin dan mempunyai anak. Anak-anak ini pula kita pertaruhkan untuk menjaga kita semasa hari tua. Ada yang risau sebab tidak ada anak, kononnya nanti apabila sudah tua tidak berteman. Tidak payah risau tidak ada anak, tetapi risau jika anak-anak itu akan bakal memberikan dugaan paling besar dalam hidup kita. Banyak sketsa di TV, jiran rumah sebelah dan saudara mara kita sendiri, di mana seorang ibu mampu menjaga ramai anak, tetapi anak yang ramai ini belum tentu akan dapat menjaga seorang ibu dan ayahnya. Pernahkah kita terfikir situasi ini akan terjadi kepada kita? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini andai ini yang ditakdirkan kepada kita? ...